nuffnang

follow me

JOM FOLLOW BLOG SAYA...NANTI SAYA FOLLOW BLOG AWAK..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...

Halaman

Mac 06, 2012

~ kuih Onde-Onde Melaka ~

Haa..., hari mgu lepas aktiviti mama sgt padat. x g memaner pun cuma kemas2 umah sesambil layan karenah anak2. yer lah kan.., sejak wat renovation dapur, blum lg nak mengemas brg2 yg t'bengkalai. Dapur pun agak b'sepah dgn brg2 yg entah dtgnyer dr maner.....hehehe... Sesambil kemas2 tue, tetiba teringin lak nak makan 'kuih onde2 Melaka'. Apa lagi. terus zasss ke kedai cr tepung pulut, gula melaka & beli kelapa parut (yg putih jer tau..)..Nak wat kuih nie mmg senang giler... Org buta pun boleh wat.., dlm tido pun leh wat jugak..sambil2 lalu pun boleh jer....ahakss....

Nie resepinyer.... ----- >     (utk 5 6 org )

500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara


gula melaka & kelapa parut

tepung pulut yg telah diuli



  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih td dgn kelapa parut
  7. siap utk dimamam


senang bukan... lazat & menyelerakan jer... korang nak...? leh order ngan mama... tp kn charge yerkk. skrg bhan mentah mahal.....


okiesss......yumyumyumm..


inilah hasilnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan