nuffnang

follow me

JOM FOLLOW BLOG SAYA...NANTI SAYA FOLLOW BLOG AWAK..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...

Halaman

Mac 13, 2012

~ cerrrlah try..cedapppp ~

 :  :    GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN  :  :

keje memasak mmg x susah. Mama juga mmg suka memasak. Yer lah kan kalau nak makan benda lain dr yg lain mesti kn rajin..so tgk menu arini.. Mmg agak special sket coz x pernah nak buat menu terangkat nie b4 this,lecurr air liur bebbb...    tp disbbkan ader jiran bg ikan nie, syg jugak nak bg kat org lain. jdkn lah plan utk menu special dgn ikan tue.puas gak pikir, nak masak ape dgn ikan nie supaya sedap & menyelerakan... alih2 t'pikir menu nie... ~ utk pgtahuan korang, seumur idup gue x pernah makan ikan nie tau, so tutup mato jer lah. sblm masak ask babah dlu ' syg u makan x ikan patin' babah jawab " mama masak jewlah, kita sama2 rasa yer"   hehehe...sengih sambil naik lif... ~


Haaa, kat sini ader mama sediakan bhn2 yerk..bolehlah cuba try test wat menu nie sendiri kat umah or kat maner2 yg ader dapur & bahan,,wakwakawakawkakakk...mmg senang...sambil2 nyanyi memasak..

Bahan-bahan ( 2 -3  orang jer saya wat )

  • 4 ketul ikan patin (saiz sederhana)
  • 1 ulas bawang merah (jgn byk,nanti xsedap. kalau x letak bwg pun takpe)
  • 1 cm kunyit hidup (xde, blh guna serbuk kunyit)
  • 5 cm lengkuas
  • 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
  • 15 tangkai cili padi ( xnk pedas,kurangkan )
  •  3 keping asam gelugur @asam keping
  • 5 sudu tempoyak ( lagi byk, lg sedap dan kuahnya pekat )
  • air secukupnya ( nk kuah byk, msk air byk )
  • garam secukup rasa
  • 2 batang serai

Cara nak campak2 bahan

  1. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)
  2. Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
  3. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
  5. Selepas itu,  masukkan garam secukup rasa.
  6. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  7. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas. yum  yumm  yummm




taraaaaaaaaaaaaaa.....  ----->

nampak x ikan tue tgh berenang2 dlm kuah..

piuk chumel jew....

okiehh..g lap air liur tue yerkkk ..dh basah bj... :)




hingga ujung nyawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan