nuffnang

follow me

JOM FOLLOW BLOG SAYA...NANTI SAYA FOLLOW BLOG AWAK..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...

Halaman

Mac 14, 2012

~ Kesihatan kn Jaga gak ~

  : Khasiat Minyak Ikan utk tubuh badan :

Happy day allss.....sihat x?? kalau x sihat cepat2 jumpa dr tau..skrg nie penyakit byk yg b'jgkit...Just nak share info jer... Mmg dh lama gak mama telan ubat suppl nie. makan sajer suka2 memula utk kesihatan tp tetiba semlm t'dgr citer dr org, yg khasiatnyer  byk kalau makan 'Fish oil' nie..  Mama telan 'fish oli' jenama Elken...... & masih telan sampai skrg.... stock pun dh nak abis..harus g roger babah utk belikan....hahahahha

serba sedikit info yerkk...:-
'fish oil'memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan manusia. Omega-3 iaitu vitamin yang terhasil daripada 'fish oil' boleh ditemui pada ikan salmon, ikan kembung dan tuna. Pengambilan minyak ikan yang minima iaitu dua kali seminggu sudah cukup untuk memberi manfaat kesihatan bagi anda dan keluarga.
    'Fish oil' terkenal kerana mampu mencegah serangan penyakit jantung. Dr Alexander Leaf dari Harvard Medical School menyatakan bahawa dengan pengambilan ikan tertentu dalam jumlah yang kerap, seperti salmon atau tuna sebanyak dua kali seminggu dapat mencegah serangan penyakit jantung. Tidak cukup dengan itu sahaja, kajian yang dilakukan di Universiti Southampton juga menyatakan bahawa Omega-3 yang terkandung dalam ikan mampu melindungi tubuh terhadap penyakit jantung dan stroke.
      Selain itu, 'Fish oil' juga dapat mengurangkan risiko kematian daripada serangan jantung yang tidak diduga. Ketua kajian, Dr. Roberto dan Consortia Mario, serta Lembaga penelitian Santa Maria Embargo, Italia telah menemukan satu kes dimana dalam dos harian 5gram omega-3 minyak ikan sudah cukup untuk mengurangkan kematian daripada serangan jantung secara mengejut sebanyak 42%.
      'Fish oil' juga turut membantu untuk mengurangkan gejala penyakit lupus. Para penyelidik di India Utara iaitu Universiti Ulster telah menemui bahawa pesakit yang menderita penyakit lupus yang memakan ikan tongkol, dan ikan kembung berisi omega-3 beransur sembuh sepenuhnya. The Institute Paterson menemukan bahwa 'Fish Oil' omega-3 mampu melindungi atau mencegah terkenanya kanker prostat.
      'Fish oil' juga turut mengurangkan pertumbuhan kanser payudara. Para penyelidik dari Indiana University telah menemukan bahwa omega-3 fatty acid dapat mengurangkan pertumbuhan sel kanser payudara. Selain itu,'Fish Oil' juga dapat mengurangkan gejala radang. Para penyelidik dari Harvard Medical School dan Brigham&Women’s Hospital telah menemukan bahawa diet yang tinggi dalam 'Fish Oil' dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan menghindarkan diri dari penyakit radang.
     'Fish Oil' juga mencegah beberapa gejala kanser lanjutan. Profesor Kevin Fearon dan rakan-rakan di Edinburgh Royal Infirmary menemukan bahwa 'Fish Oil' mampu mencegah cachexia – wasting yang parah dan berat badan yang berhubungan dengan beberapa jenis penyakit kanser lanjutan. 'Fish Oil' mampu melawan penyakit asma. Para penyelidik di Universiti Cambridge telah menemukan bahwa 'Fish Oil' dapat melindungi tubuh dari gangguan pernafasan atau asma. Manakala,penyelidik dari Universiti Bristol menyatakan bahawa minyak ikan bagus untuk visualiti otak dan perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar.
'fish Oil' juga didapati membantu sindrom kelelahan kronik. Dr Basant Puri dari sebuah hospital di London menemui bahawa pengambilan supleman omega-3 dapat membantu untuk meringankan beberapa gejala berkaitan dengan sindrom kelelahan kronis.
Kesimpulannya,  'Fish Oil' memiliki manfaat yang sungguh luar biasa untuk kesihatan. Jadi kita haruslah memulakan pengambilan 'fish Oil' yang mengandungi omega-3 dari sekarang, untuk mendapatkan manfaatnya


sekian sajer dr pakar kesihatan......mama honeyhoney.... :)     dptkan diklinik2 @ farmasi2  b'hampiran anda...







hingga ujung nyawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan