nuffnang

follow me

JOM FOLLOW BLOG SAYA...NANTI SAYA FOLLOW BLOG AWAK..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...

Halaman

April 24, 2012

~ KehendakMu ~

Assalamualaikum... olls. jom kongsi pendapat nak..?? Mama ader sket konpius lah..., hhmmm... mmg mama rasa sgt2 bagus & sgt2 m'jimatkan bila kita bg 100% bf pd bby. Tp kadang2 rasa susah pun yer jugak. Mama x pernah mengeluh tp cuma skrg nie bby akim pun dh nak masuk 16bln.., so mama ingat nak perkenalkan dgn FM. Biar senang dikedua2 pihak. Yer lah kan.., mama nie ibu bekerja & kadang2 dihantar utk g kursus. kalau kursus balik hari takpelah.. boleh gak wat stock. nie kursusu pun tpt jauh, pastu berhari2....Susah gak bila nak tglkan kat mak or bby sitter coz dia x mau minum FM.

Puas mama bancuh susu dlm btl. kadang2 buang jer susu tue. Mama dpt yg sample nyer dr klinik2. utk cuba bg rasa kat dia. kalau bby mahu minum konfen2 susu tue sedap kan..tp nie pandang btl pun x mau, masakan susu tue nak bg rasa kat mulut dia... bby akim wat muntah2..tension jew mama tgk..

Camner ekk nak kasi bby isap botol or minum susu Fm..?? Dan Camner lak kita nak umpan dia supaya dia b'minat nak minum dgn FM..??  bby akim skrg pun mmg dh kuat makan, lbh2 lg kalau nasi sup..mkan siap bertambah lak tue tp isap nenen pun lg kuat gak... kalau sehari x kena ngan candu dia nih.., mau ditarik2 bj kita sambil nangis sambil2 selak bj.... kadang2 kesian tgk dia bila mama cuba x bg, konon2 nak proteslah x mau kasi , tp yg konon2 tue x jadi..kesian bila bby nangis mendayu2..

kalau dh x boleh sgt.., mama kn usahakan yg lain. Mmg niat nak bg nenen pd bby akim sampai umur dia genap 24bln (2thn) tp  dlm masa yg sama bby akim boleh minum dlm botol. x lah susah mama nak tglkan utk g kursus or berjimba...HAHAHAHAH...

ker engkorang2 ada petua or pendapat..? leh lah share ngan mama yer... maner lah tau b'kesan ker..??kalau malu nak tepon, msg pun boleh.. FB/ tweet ker.. mama hokeyy jew...

Okies.., kat sini ader sket info...bg yg nyusukan bby or yg seangkatan dgnnyer.. bacalah:-

Panduan memperbanyakkan susu badan

• Hanya beri susu ibu walaupun bayi dahaga, tidak mencampurkannya dengan air.
• Tidak mengehadkan tempoh penyusuan, sebaliknya biarkan bayi melepaskannya sendiri.
• Mengamalkan pemakanan seimbang dan memperbanyak�kan pengambilan sayuran hijau.
• Sayuran seperti ulam kampung, pucuk pegaga dan kacang merunggai didapati mampu membantu memperbanyakkan susu memandang�kan kandungan zat besinya yang tinggi.
• Susukan bayi secara kerap. Jika bayi masih tidur apabila tiba waktu menyusu, gerakkan untuk diberi susu mengikut tempoh ditetapkan.
• Beri susu mengikut keperluan bayi.
• Mengepam mengikut keperluan bila bayi tiada di sisi.
• Jangan mencampurkan susu formula atau memberi air kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan secara eksklusif



#mama teringin sgt nak belikan btl susu yg mcm2 bentuk utk bby akim, tp x kesampaian.....sampai bila.. :(


hingga ujung nyawa  @>~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan