nuffnang

follow me

JOM FOLLOW BLOG SAYA...NANTI SAYA FOLLOW BLOG AWAK..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...

Halaman

Ogos 18, 2011

~ ZaKaT FiTRaH ~

Assalamualaikum......wbt


 ...sudah tertunai juga kewajipan rukun islam...ber"puasa Dibulan ramadhan" dan x lupa juga membayar "Zakat fitrah".. ~ tadah tgn tanda Syukur kepadaNya...~ :D

Tahun nie En Suami membayar zakat fitrah lebih awal.., entah kenapa tetiba lak g bayar awal..tp mama setuju sgt2 supaya kita x lupa or miss call  utk membayar zakat fitrah... Thn2 lepas last minit br nak g bayor...

Diam x diam..,  kita telah berada di penghujung bulan yang paling mulia dan paling istimewa di antara bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan yang terkandung di dalamnya berbagai keberkatan hampir sahaja melabuhkan tirainya.....HHhhmmm .., mesti mama akan merindui bulan baik ini....& dlm masa yg sama mama rasa happy sgt coz raya tahun nie mama apply cuti lamer...semgu beb...nak balik kg.'Pekan, Pahang....'..esok hari raya..esok hari raya...yeahhyeahhyeahh............   ~ ooppss..terOver lak..~

Act.., zakat nie En Suami boleh jer kalau nak bayar dgn Abah,FIL.. tp entah knp..tiap2 tahun mesti nak byr kat tpt lain...malu agaknyer nak bersalaman dgn abah.... bukan x jumpa pun, setiap mgu balik kan..kan...kan..?...takpelah babah..asalkan bayor sudah..


sudah bertambah jadi 4 keping.......



Kelebihan zakat fitrah dari sudut masyarakat :
- Kefarduan zakat fitrah akan memberi rasa kebersamaan orang yang berpuasa terhadap saudara-saudaranya yang fakir lagi miskin. Rasa kebersamaan ini lahir apabila golongan yang fakir lagi miskin ini mampu menikmati kemeriahan hari raya sama seperti saudara-saudara mereka yang lebih berkemampuan manakala golongan pembayar zakat dapat merasa ketenangan dengan kegembiraan yang terpancar dari raut wajah golongan yang fakir ini.

Kelebihan zakat fitrah dari sudut rohani :

- Sesungguhnya zakat fitrah mampu mendidik hati dan menjauhkan orang yang menunaikannya daripada bersifat dengan sifat-sifat keji seperti kedekut dan mementingkan diri sendiri.

- Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud : " Diwajibkan oleh Rasullullah SAW bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan memberi makan bagi orang miskin.


so.., marilah kita sama2 pergi berkejaran/ berlari2 anak.....~ jgn sampai tersungkur sudah~ ke kaunter2 zakat fitrah supaya kita tidak lupa & melengah2kan utk berzakat.....Ingatlah mereka yg memerlukan.......
jgn tgu sampai esok..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan